Skip to main content
GlobalHomeViral

Kumpulan Militan IS Mengaku Serang Perancis

By 14 November 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

BEIRUT, 14 Nov — Kumpulan militan Negara Islam (IS) mengaku bertanggungjawap melancarkan serangan senjata api dan bom yang membunuh lebih 120 orang di Paris.

Dalam satu kenyataan yang disiarkan dalam talian hari ini IS berkata lapan anggotanya yang memakai tali pinggang dilengkapi letupan dan raifel penggempur melakukan serangan-serangan tersebut.

Kenyataan yang disiarkan dalam bahasa Arab dan Perancis itu juga mengancam akan terus melancarkan serangan selagi Perancis meneruskan kempennya (ke atas IS).

Mereka berkata sasaran yang diserang malam tadi, termasuk stadium nasional dan dewan konsert Bataclan dipilih dengan teliti.

IS juga berkata Pernacis didapati bersalah “melancarkan serangan di wilayah IS menggunakan pesawat-pesawat pejuang udara.

Perancis merupakan sebahagian daripada gabungan bersama Amerika Syarikat yang melancarkan perang udara  ke atas IS di Syria dan Iraq, di mana IS mengisytiharkan penubuhan sebuah pemerintahan khalifah tahun lepas  setelah berjaya menawan sebahagian besar kedua-dua buah negara itu.

Sejak lebih setahun lalu Perancis telah melancarkan serangan udara ke atas Iraq dan kini memperluaskan sasaran ke Syria pada September.

Sementara itu, Presiden Perancis Francois Hollande terlebih dahulu menyalahkan IS dengan melabelkan serangan-serangan ganas semalam sebagai”satu tindakan perang…yang dilakukan oleh tentera penggans, Daesh (satu lagi nama untuk IS) ke atas Perancis.”

 

Tinggalkan komen anda