
Oleh Amran Mohd Kamis / Zurina Saad / Mohd Hairul Bakar
GUAR CHEMPEDAK, 21 Nov (Malaysiaaktif) — Seramai 400 orang peserta dari seluruh negeri Kedah didedahkan dengan pelbagai maklumat berkaitan isu semasa yang di sampaikan oleh penceramah-penceramah dari Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSIM) di Dewan Serbaguna Guar Chempedak baru-baru ini.
Program sehari itu mendapat maklum balas positif daripada semua peserta. Menurut salah seorang peserta program, Haji Harun Ahmad, program seperti ini dapat membuka minda dan memberi pencerahan tentang isu-isu sebenar yang sepatutnya diketahui oleh semua lapisan masyarakat.