Skip to main content
HomeViral

Johari Nasihat Guan Eng Contohi Sistem Parlimen

By 25 November 2015Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh Faris Fuad (Parlimen)

KUALA LUMPUR, 25 Nov (Malaysiaaktif) – Pengerusi Biro Penyelaras Ahli Parlimen dan DUN, Datuk Johari Abdul menasihatkan  Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng supaya mencontohi sistem parlimen dalam pengagihan pertadbiran kuasa.

Beliau menegaskan kepentingan dan masa depan rakyat harus diutamakan walaupun ianya melepasi pentadbiran parti.

“Kita harus ada perpisahan kuasa di antara penggubal undang-undang dan legislative (perundangan) seperti yang kita amalkan di Parlimen.

“Kita pun bercakap di Parlimen supaya komponen parti dalam Barisan Nasional walaupun ada garis panduan dan sebagainya, tapi ianya (isu rakyat) jelas dan kita bincang dan bukan buat secara spontan, ia perlukan penegasan,” katanya dalam sidang media di Parlimen hari ini.

Dalam pada itu, Johari memaklumkan beliau telah berjumpa dengan kelima-lima ADUN terlibat dan berpuas hati dengan penerangan yang diberikan.

“Mereka membawa isu ini adalah isu penambakan yang baru di para B. Jadi kita ambil maklum bahawa usul yang dibawa ini bukan isu yang partisan, isu yang dibawa itu adalah berkenaan dengan alam sekitar dan ianya amat terlibat dengan kepentingan rakyat.

“Namun kita menghormati perbezaan pendapat kerana ia merupakan demokrasi yang sihat malahan kita berpendapat demokrasi yang sihat ini harus disemarakkan,” katanya lagi.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Sungai Petani menggesa Lim supaya menyelesaikan isu tersebut dengan segera bagi kebaikan semua pihak.

“Kita harap selesai, begitulah. Saya tidak jumpa dia (Lim Guan Eng) lagi. Dari sekarang belum jumpa lagi, saya harap boleh jumpa dia sebentar lagi, saya harap selesai.”

Sebelum ini, Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyatakan hasrat mereka untuk menyokong tindakan lima Ahli Dewan Undangan (ADUN) di Pulau Pinang yang tidak mengundi usul yang dibawa seorang ADUN UMNO pada Jumaat lalu.

Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil berkata parti itu membenarkan pengundian ‘mengikut suara hati’ dalam isu-isu tertentu.

 

Tinggalkan komen anda