Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomeKedahViral

Ribut Tidak Sampai Lima Minit, 30 Buah Rumah di Bedong Rosak

By 29 November 2015Tiada komen2 minit bacaan

 

Oleh Mohd Zihan Zari (Kuala Muda)

BEDONG, 29 Nov (Malaysiaaktif) —  Ribut angin dan hujan lebat lewat petang semalam menyebabkan beberapa kejadian pokok besar menimpa rumah di sini.

Penghulu Mukim Bujang, Zamri Jamaluddin, berkata, kejadian pada kira-kira pukul 5.30 petang berlaku hanya sekitar lima minit tetapi kesan tidak kurang serius, walaupun tidak menyebabkan kecederaan atau kemalangan jiwa.

0974ba26-6dbf-4dfa-8de3-0c037615d174

2892d4ab-7217-48e7-ae1b-201f770abc86

Kawasan paling teruk terkesan ialah Taman Sinar Mentari, Kampung Haji Ngah,Taman Rasa Sayang, Kampung Lebai Ali, Kampung Zainol Abidin, Batu 1, Simpang Harvard dan Kampung Lombong membabitkan 30 buah rumah yang mengalami kerosakan pada bahagian bumbung.

Berikutan itu, Zamri berharap supaya Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSPK) dapat menjalankan kerja-kerja pemangkasan pokok besar, terutama di Taman Sinar Mentari.

Seorang penduduk, Azizah Said, 57 yang tinggal di Taman Sinar Mentari berkata bahagian depan rumahnya dihempap pokok besar dan berharap ada pihak yang memberi bantuan untuk membaiki kerosakan kerana beliau tidak mampu.

0974ba26-6dbf-4dfa-8de3-0c037615d174

2735ac4f-73ce-4dcd-b898-83ac3dda9557

Turut mengalami masalah yang sama, Mutte A/P Muthusamy, 57, yang menyifatkan kejadian ribut itu sebagai amat menakutkan.

Manakala, Zamberi Shamsool Ambiya, 43, dari Kampung Lebai Ali, pula berkata, atap pada bahagian dapur rumahnya rosak dan diterbangkan angin ribut. Dia juga berharap mana-mana pihak membantu membaiki rumahnya dengan kadar segera.

Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Gurun, Datuk Dr. Leong Yong Kong yang melawat lokasi kejadian pada pukul 8.00 semalam memberitahu Malaysiaaktif bahawa penduduk yang terlibat telah membuat laporan di Balai Polis Bedong.

4bf89857-6ae4-4db4-8b70-b46c41d7f9c7

71797663-1b77-49ee-881e-25a72080baa0

Katanya lagi, pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daerah masih menjalankan bancian untuk memastikan nilai sebenar kerosakan.

Sementara itu, Pegawai Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Daerah Kuala Muda, Lt Muda (PA) Azahar Ahmad,berkata, pihaknya menerima satu panggilan kecemasan kejadian kes pokok tumbang pada kira-kira 5.46 petang di Kampung Lombong dan satu jentera bersama 10 anggota diketuai oleh  Sarjan Mejar (PA) Muhd Fairus Rosdi dikerahkan ke lokasi.

Beliau berkata, pemotongan pokok tumbang telah dilakukan oleh anggotanya dengan bantuan  anggota polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat dan MPSPK.

 

Tinggalkan komen anda