Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomePulau PinangViral

Teh Yee Chau Gagal Terpilih Ahli Jawatankuasa DAP Pulau Pinang

By 29 November 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

GEORGE TOWN, 29 Nov — Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Bungah, Teh Yee Cheu gagal terpilih sebagai antara 15 ahli jawatankuasa DAP Pulau Pinang.

Menurut keputusan tidak rasmi pada Konvensyen Biasa DAP Pulau Pinang 2015 di sini Ahad, Pengerusi DAP negeri, Chon Kon Yeow sekali lagi menduduki tempat teratas.

Tempat kedua menjadi milik Jagdeep Singh Deo diikuti Zairil Khir Johari.

Setiausaha DAP negeri, Lim Hui Ying, adik kepada Ketua Menteri, Lim Guan Eng berada di tempat keempat.

Mereka yang lain ialah Law Choo Kiang, Dr P. Ramasamy, Goh Choon Keong, Lim Siew Khim, Wong Hon Wai, Ng Wei Aik, Soon Lip Chee, Lay Hock Peng, A. Tanasekharan, Phee Boon Poh dan Steven Sim.

 

-ms

 

Tinggalkan komen anda