
Oleh Herman Hamid (Kuala Lumpur)
KUALA LUMPUR, 8 Nov (Malaysiaaktif) — Seramai 244 orang menerima bantuan sempena perayaan Deepavali di Dewan Komuniti Taman Maluri di sini hari ini.
Tujuan bantuan ialah untuk membantu mengurangkan beban golongan berpendapatan rendah yang dilakukan secara berterusan oleh kerajaan.
Program juga bagi menghargai masyarakat India yang selama ini menyokong usaha kerajaan, terutama di kawasan Parlimen Titiwangsa.
Semua penerima hari ini menerima wang tunai RM100 berserta bakul makanan.
Turut hadir, Timbalan Menteri Kewangan yang juga Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Johari Abdul Ghani.