Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Khidmat Komuniti Pelajar UUM Bersama K1M Sungai Duri

By 8 November 2015November 9th, 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Mahyudin Abd. Rani (Nibong Tebal)

NIBONG TEBAL, 7 Nov (Malaysiaaktif) — Program khidmat komuniti anjuran bersama pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok dan Komuniti 1Malaysia (K1M) Sungai Duri diadakan pada 6 hingga 8 November 2015 lepas di Kampung Sungai Duri di sini.

Program melibatkan 31 orang terdiri daripada 11 pelajar lelaki dan 20 pelajar perempuan yang ditempatkan bersama 15 keluarga angkat.

 

20151109013948 (1)

 

Pengerusi K1M Sungai Duri, Hadi Md. Tahir berkata program ini memberi impak positif dalam usaha mengeratkan silaturrahim di antara masyarakat dan mahasiswa.

Menurut beliau, ia patut diteruskan dari semasa ke semasa kerana kehadiran para pelajar mampu menaikkan semangat remaja kampung untuk teruskan belajar ke peringkat yang lebih tinggi.

Pelbagai aktiviti dirancang sepanjang program ini, termasuk larian merentas desa, memasak bubur asyura dan khidmat komuniti.

 

Tinggalkan komen anda