Skip to main content
HomeViral

Sokong Bajet, Bukti Sokong Pimpinan Sedia Ada – Ku li

By 17 November 2015Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh Faris Fuad (Parlimen)

KUALA LUMPUR, 17 Nov (Malaysiaaktif) – Veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah berpendapat sokongan majoriti Bajet 2016 semalam menunjukkan anggota Parlimen Barisan Nasiona (BN) masih menyokong pucuk kepimpinannya.

Tengku Razaleigh yang dilaporkan turut menyokong Bajet tersebut menyifatkan ia sebagai perancangan yang baik pada tahun ini.

Namun begitu, beliau yang juga Ahli Parlimen Gua Musang enggan mengulas lanjut berkaitan sokongannya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Tidak, ini bermakna kita menyokong program kerajaan yang dibentang Menteri Kewangan yang juga Perdana Menteri untuk tahun akan datang.

“Kenapa aju soalan ini? Terpulanglah kepada anda untuk menilai,” katanya ketika ditemui media di lobi Parlimen hari ini.

Semalam, Bajet 2016 meraih sokongan sebanyak 128 undi yang turut menyaksikan semua ahli parlimen BN yang hadir termasuk bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

 

Tinggalkan komen anda