Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Seminar Keharmonian Keluarga Moden Di Pusat Islam UTHM

By 17 November 2015Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh Lim Sey Ken (Batu Pahat)

BATU PAHAT, 17 Nov (Malaysiaaktif) — Pusat Pembangunan dan Pengembangan Pelajar, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Parit Raja akan menganjurkan “Seminar Keharmonian Keluarga Moden.” Seminar sehari itu akan bermula pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang  pada 25 November di Dewan Seminar Al-Farabi, Pusat Islam UTHM.

Seramai tiga orang penceramah profesional akan menerajui program tersebut. Mereka terdiri daripada Pakar Psikiatri Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Dr. Ibrahim Abu Samah, Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Keluarga Jabatan Agama Islam Negeri Johor dan Pensyarah Akademi Pengajian Islam Kontemporari Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam.

Seminar akan dibahagikan kepada tiga sesi dengan tajuk dan pengisian serta pengisian berbeza, termasuk Pengurusan Kesihatan Mental Dalam Keluarga, Pengurusan Konflik Dalam Rumahtangga dan Kemahiran Gaya Asuhan Ibu Bapa.

Pengisian sebegitu dirasakan  mampu memberi kefahaman tentang konsep asas pembinaan keluarga, tanggungjawab suami isteri dan adab keluarga. Selain itu, seminar ini juga diharap akan membantu mencetuskan idea tentang pengurusan pelbagai masalah rumahtangga dan memberi pendedahan kepentingan menjaga keharmonian dalam keluarga.

 

Tinggalkan komen anda