Skip to main content
Berita TempatanJohor

Lebih 1,000 Hadir Di Pertandingan Memancing Daerah Pontian

By 17 November 2015Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

 Oleh Krisha a/p Selladurai (Pontian )

PONTIAN, 17 Nov ( Malaysiaaktif ) — Pertandingan Memancing Daerah Pontian yang berlangsung Ahad lepas menarik lebih 1,000 orang.

Acara yang bermula pukul 9.00 pagi hingga pukul 1.00 tengahari itu menawarkan pelbagai hadiah lumayan, termasuk wang tunai berjumlah RM41,000 kepada Johan.

Lain-lain hadiah termasuk RM10,000 untuk Naib Johan dan RM4,000 untuk tempat ketiga. Pemenang keempat mendapat RM1,000, kelima RM500 dan seterusnya.

Selain daripada hadiah untuk pemenang, sebanyak 20 cabutan bertuah yang berupa barangan elektrik turut disediakan kepada mereka yang membuat pendaftaran dan 500 pendaftar terawal.

Pertandingan dianjurkan oleh Majlis Daerah Pontian bersama Mawar Kite Marketing & Events Management dan disokong oleh Johor Tourism.

 

Tinggalkan komen anda