Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomeKuala LumpurViral

20 NGO Desak Tindakan Berat Ke Atas Nurul Izzah

By 2 Disember 2015Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh Sazaki Abdul Rahman & Syaiful Harif Adnan (Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR, 1 Dis (Malaysiaaktif) – Sebanyak 20 buah persatuan dan badan bukan kerajaan (NGO) Lembah Pantai semalam mendesak supaya Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen mengenakan hukuman berat ke atas Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar.

Ini berikutan tindakan beliau bertemu dengan anak perempuan Sultan Sulu, Jamalul Kiram III Jacel yang mengarahkan pencerobohan di Lahad Datu. Dalam gambar yang tersebar luas baru-baru ini, Nurul Izzah kelihatan bersama Jacel memegang plakad dengan tulisan ‘Bebaskan Anwar Segera.’

Menurut Jurucakap Gabungan NGO tersebut, Mohd Nazri Abd Rahman, tindakan Nurul Izzah tidak dapat diterima kerana bersekongkol dengan individu yang terlibat dengan insiden berdarah itu.

Tambahnya, tindakan Nurul Izzah yang kelihatan ceria dan tersenyum bersama Jacel adalah sangat biadap dan tidak sensitif terhadap rakyat Sabah serta keluarga pasukan keselamatan yang terkorban.

Gabungan NGO belia itu turut mencabar supaya Nurul Izzah meletak jawatan secara terhormat kerana gagal menjaga kebajikan pengundi Lembah Pantai disebabkan sibuk dengan aktiviti luar kawasan.

Mereka turut menyokong dan bersetuju dengan tindakan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah meluluskan usul khas melarang Nurul Izzah Anwar dan Tian Chua daripada memasuki negeri itu.

Semalam, Nurul Izzah mengumumkan hasrat untuk mengadakan perjumpaan dengan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia bagi menjelaskan tentang gambarnya bersama Jacel itu.

Nurul Izzah berkata perjumpaan tersebut akan memberi peluang kepada beliau untuk memohon ruang dalam dewan bagi mempertahankan tindakannya tempoh hari.

Tinggalkan komen anda