Skip to main content
Berita TempatanHomeMelaka

Kesilapan Peta Malaysia Dalam Buku Sejarah Tahun Enam

By 2 Disember 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Fauzrina Hj Bulka (Melaka)

MELAKA, 2 Dis (Malaysiaaktif) — Kesilapan kedudukan perkataan Melaka yang dikesan dalam buku sejarah tahun enam mengundang reaksi daripada Presiden Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI), Senator Tan Sri Mohd Ali Rustam.

Beliau memandang serius kesilapan tersebut sementelah buku tersebut akan digunakan oleh sekolah kebangsaan tahun hadapan.

20151201191218 (1)

“Tindakan tegas perlu diambil segera ke atas pihak pencetak dan mereka perlu mencetak semula kesemua buku teks tersebut tanpa mengenakan sebarang kos tambahan,” katanya.

Tambah beliau, kesilapan seperti itu tidak patut berlaku dan jika ia dipandang remeh oleh pencetak, ia akan memberi implikasi besar, khusus kepada pelajar yang akan menggunakan buku teks tersebut.

Buku tersebut memaparkan perkataan Melaka di sebelah Pantai Timur di utara Kelantan, di bawah peta bertajuk ‘Negeri-negeri Yang Membentuk Malaysia’.

Mohd Ali berkata demikian dalam Program Roadshow Bajet 2016 Peringkat Parlimen Bukit Katil anjuran Jabatan Penerangan Melaka Ahad lepas.

 

Tinggalkan komen anda