Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

70 Kanak-Kanak Dalam Majlis Berkhatan Perdana Bandar Baharu

By 7 Disember 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Anita Omar, Hasmah Hanafi & Muhamad Azrul Abdullah (Bandar Baharu)

 BANDAR BAHARU, 7 Dis (Malaysiaaktif) – Seramai 70 orang kanak-kanak menyertai Majlis Khatan Perdana di Masjid Al Fateh Serdang di sini semalam.

Majlis yang dihadiri lebih 250 orang itu diadakan dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Bandar Baharu dan membabitkan anak-anak penduduk setempat.

20151207053303 (1)

Salah seorang bapa kepada kanak- kanak yang mengambil bahagian, Abdul Mutalib Jaafar berkata, beliau berterima kasih kerana penganjuran program ini dapat meringankan beban mereka.

Menurutnya lagi, program ini dapat merapatkan hubungan antara penduduk dengan pemimpin.

Program berkhatan beramai-ramai merupakan acara tahunan yang ditawarkan secara percuma dan ditanggung oleh Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu Datuk Abd Aziz Sheikh Fadzir.

Majlis dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Bandar Baharu merangkap Pengerusi Jawatankuasa Sains, Inovasi dan Teknologi Maklumat, Komunikasi dan Teknologi Tinggi, Datuk Norsabrina Mohd Noor.

 

 

Tinggalkan komen anda