Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomeKedahViral

Kedah Cuti Esok Jika Menang Piala Malaysia Malam Ini

By 12 Disember 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

ALOR SETAR, 12 Dis — Kedah akan mengisytiharkan cuti umum esok sekiranya skuad Helang Merah itu menang perlawanan akhir bola sepak Piala Malaysia 2015 menentang Selangor di Stadium Shah Alam, malam ini.

Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Mahatir berkata ketetapan itu dibuat setelah dibincang dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah dan dipersembahkan bagi perkenan Jemaah Pemangku Sultan Kedah.

“Sekiranya skuad Kedah menang final Piala Malaysia malam ini, hari Ahad, 13 Dis 2015 diisytiharkan sebagai cuti umum di Kedah menurut Akta Cuti 1951.

“Sekiranya pekerja masih dikehendaki bekerja esok, majikan perlu mematuhi perkara berhubung bayaran gaji dan elaun lebih masa berganda bagi hari tersebut menurut Akta Pekerja 1955,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Namun katanya, majikan boleh menggantikan cuti esok kepada hari lain tetapi masih tertakluk kepada peruntukan undang-undang berkaitan.

–BERNAMA

 

Tinggalkan komen anda