Skip to main content
EkonomiHomeViral

Laporan 1MDB Tidak Sahih, Serah Badan Penyiasatan Siasat – TPM

By 28 Disember 2015Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh Faris Fuad

KUALA LUMPUR, 28 Dis (Malaysiaaktif) – Rakyat dinasihatkan supaya tidak mudah terpengaruh dengan sebaran berita yang belum disahkan kesahihannya.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata laporan akhbar Wall Street Journal (WSJ) berkaitan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan dana berjumlah USD$850 perlu disiasat badan penyiasatan negara.

Jelasnya, orang ramai perlu meletakkan kepercayaan kepada agensi dan badan yang dipertanggungjawab bagi memastikan isu itu tidak diputar belit sesetengah pihak.

“Kita juga jangan menghukum berdasarkan daripada maklumat-maklumat yang datang daripada sumber yang tidak disahkan.

“Oleh yang demikian, saya fikir elok saya serahkan perkara ini kepada badan penyiasat di Malaysia supaya perkara sebenar dapat diketahui dan apa yang dilakukan oleh pihak berkuasa harus diberikan tahap kewibawaan yang tinggi untuk meletakkan kebolehpercayaan kepada agensi berkenaan dan jangan tergantung kepada maklumat yang datangnya dari sumber luaran yang tidak dapat disahkan kesahihannya,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan Majlis Deklarasi Prioriti 2016 anjuran Yayasan Damai Sejahtera Malaysia (YDSM) hari ini.

Sebelum ini, WSJ mendakwa 1MDB telah membuat pembayaran USD850 juta tahun lalu kepada sebuah syarikat offshore yang ditubuhkan supaya namanya mirip kepada syarikat yang dimiliki oleh IPIC.

Menurutnya, 1MDB bayar kepada Aabar Investments PJS Ltd yang namanya hampir sama dengan syarikat milik IPIC/Aabar iaitu Aabar Investments PJS.

Laporan berkenaan adalah berdasarkan kepada dokumen yang diteliti dan disemak oleh penerbitan berkenaan dan mereka yang biasa dengan perkara itu.

WSJ juga mendakwa satu unit 1MDB memindahkan sekurang-kurangnya AS$850 juta melalui tiga urus niaga pada tahun lalu kepada sebuah syarikat yang berdaftar di Kepulauan British Virgin dengan nama yang membuatnya kelihatan seperti dikawal oleh IPIC (International Investment Petroleum Co).

 

Tinggalkan komen anda