Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

TNB Bantu Murid Asnaf Dalam Program Kembali Ke Sekolah

By 28 Disember 2015Tiada komen2 minit bacaan

 

Oleh Mohd Zihan Zari (Kuala Muda)

SUNGAI PETANI, 28 DIS (Malaysiaaktif) — Seramai 200 murid daripada keluarga kurang berkemampuan di daerah Kuala Muda menerima sumbangan bantuan kelengkapan persekolahan dari Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk sesi persekolahan tahun 2016, di sini Khamis lepas.

Program ini melibatkan murid Tahun Satu hingga Enam beberapa buah sekolah dalam daerah Kuala Muda yang terdiri daripada golongan asnaf yang layak menerima wang zakat.

Ahli Parlimen Kawasan Merbok, Prof Dr Ismail Daut berkata, “Program seperti ini dapat meringankan bebanan ibu bapa untuk menguruskan perbelanjaan persekolahan yang ditanggung untuk anak-anak memulakan sesi persekolahan tahun 2016”.

 

IMG_3409

 

Beliau berkata demikian semasa berucap dalam majlis perasmian program ‘Jom Ke Sekolah TNB ‘ Tahun 2015 Peringkat  Parlimen Merbok di Dewan Penyayang Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Kuala Muda, di sini.

Sementara itu, Pengurus Besar Negeri Kedah (Bahagian Pembahagian) TNB, Zubir Hashim berkata, pihaknya membelanjakan kira-kira RM250,000 sepanjang 2015 untuk bantuan kelengkapan persekolahan di bawah program tersebut.

Ia merupakan salah satu tanggungjawab sosial korporat (CSR) TNB untuk membantu mereka yang kurang berkemampuan supaya dapat belajar di sekolah dengan sempurna dan selesa.

Menurut Zubir, sepanjang 2015 seramai 600 murid di Baling dan 200 murid di Sik mendapat manfaat di bawah program ini. TNB menggunakan duit zakat badan korporat untuk disalurkan bagi  program ini

Sementara itu, ibu tunggal, Roslita Ahmad,40,dari Bukit Selambau, berazam memberikan pendidikan terbaik untuk anaknya kerana mahu mereka menimba ilmu untuk masa depan, sekali gus berusaha keluar daripada kesempitan hidup.

IMG_3420

 

Tinggalkan komen anda