
Oleh Norsaedah Haron (Kluang)
KLUANG, 22 Dis (Malaysiaaktif) — Program Jom Tukar Kad Pengenalan dan Daftar SPR diadakan pada Sabtu lepas bertempat di Perkarangan Masjid Jamek Taman Kasih di sini.
Program dari pukul 9.00 pagi hingga 6.00 petang ini dipenuhi pelbagai aktiviti, termasuk Khidmat Penukaran Kad Pengenalan Baharu melalui Mobile Bus Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), derma darah dan pemeriksaan kesihatan, kaunter pendaftaran pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), kaunter semakan BR1M dan pendaftaran MyLesen.
Program ini dianjurkan oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Sembrong, Jawatankuasa Masjid Jamek Taman Kasih, JPN dan SPR.