Skip to main content
Berita TempatanJohor

Kejohanan Ragbi Piala Monsun Mersing 2015

By 22 Disember 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh  Mohd Zahairi Ahmad Zabidi dan Mohd Hanif Ahmad (Mersing)

MERSING, 22 Dis (Malaysiaaktif) – Kejohanan Ragbi Piala Monsun Mersing 2015 bersempena Hari Keputeraan Sultan Johor telah berlangsung pada 18 hingga 20 Disember lepas bertempat di Stadium Mersing.

Pertandingan yang dianjurkan oleh Majlis Daerah Mersing (MDMG) dengan  kerjasama beberapa agensi kerajaan serta NGO ini dirasmikan oleh Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor, Datuk Hj. Abdul Latif Bandi.

 

rby1

 

Dalam ucapannya, Haji Abdul Latif berkata kejohanan yang mendapat sambutan dari tahun ke tahun ini bukan sahaja menerima penyertaan dari dalam negara malah juga dari luar negara.

Oleh yang demikian beliau berkata ia jelas menjadikan ragbi antara sukan yang mendapat sambutan dari masyarakat setempat.

Lebih 300 orang menyaksikan acara tersebut.

 

Tinggalkan komen anda