
Oleh Mohd Zihan Zari (Kuala Muda)
SUNGAI PETANI, 22 Dis (Malaysiaaktif) — Nasib 25 kanak-kanak penghuni Rumah Anak-Anak Yatim dan Miskin Pertubuhan Kebajikan Nur Hidayah, Kampung Sadik, Kupang tidak pernah dipinggirkan. Kebajikan mereka diberi keutamaan dalam Program Back To School 2.0Ā yang dianjurkan oleh Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Kedah di sini, Sabtu lepas.
Mereka dibawa membeli belah peralatan sekolah di Aman Jaya Mall Sungai Petani dan seterusnya dijamu makan tengah hari tajaan Restoran Aqeem Beriyani, Sungai Petani.
Rektor UITM Kedah, Dr Asmadi Mohammed Ghazali berkata, “kebajikan anak yatim danĀ pelajar miskin tidak pernah dipinggirkan dan kami berharap program sebegini akan menjadi tradisi UiTM Cawangan Kedah dalam membantu perkembangan pembangunan masyarakat sekitar kampus.”
“UiTM Cawangan KedahĀ juga tidak mahu golongan ini berasa diri mereka diabaikan, sebaliknya kita sentiasa memberi perhatianĀ kepada mereka untuk meneruskan kehidupan,” katanya kepada Malaysiaaktif.
Turut memeriahkan program ini, Timbalan Rektor Bahagian Penyelidikan & Jaringan Industri, UiTMĀ Cawangan Kedah, Dr Mahazir Ismail.
Sementara itu, Ketua Pusat Pengajian Perakaunan UiTM Cawangan Kedah, Dr Mazlin Marzuki berkata, program ini merupakan pendekatan cetusan ilham Fakulti Perakaunan untuk membantu masyarakat yang memerlukan perhatian dan sokongan warga kampus.
Sebanyak RM8,000 hasil kutipan dari warga kampus UiTM Cawangan Kedah disumbangkan kepada anak yatim dan miskin.
Program ini diketuai oleh Pensyarah Perakaunan UiTM Cawangan Kedah, Dr Khairul Anuar Kamaruddin dan dibantu oleh pensyarah dan pelajar Fakulti Perakaunan UiTM Cawangan Kedah.