Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Sedia Tandas Baik dan Indah Di Premis Makanan

By 29 Disember 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Hatta Johari (Melaka)

AYER KEROH, 29 Dis (Malaysiaaktif)  – Premis makanan di Melaka disarankan menyediakan kemudahan tandas yang lengkap serta dijaga kebersihannya.

Ketua Menteri,Datuk Seri Idris Hj Haron menegaskan gerai serta warung di tepi jalan juga harus menyediakan kemudahan tandas yang telah dikhaskan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Menurutnya lagi,tandas merupakan kemudahan utama yang perlu disediakan, termasuk tandas wanita, lelaki serta orang kurang upaya (OKU).

Beliau berkata, kerajaan negeri juga meminta pihak PBT agar bersedia berbincang bagi melantik jawatankuasa pembersihan untuk mengkaji warung serta gerai berkenaan.

Sehubungan itu, pihak PBT akan menyediakan tandas bergerak bagi premis yang tidak mampu  menyediakan kemudahan tandas sempurna dengan kadar sewa yang ditetapkan.

Beliau berkata demikian dalam mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri di Seri Negeri Rabu lepas.

 

Tinggalkan komen anda