Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraEkonomiHomePulau PinangViral

UMNO, DAP Kerjasama Tangani Masalah Penduduk Kg. Mutiara

By 29 Disember 2015Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh Ahmad Faiz Mansur (Pulau Pinang)

BATU FERINGGHI, 29 Dis (Malaysiaaktif) — UMNO Bahagian Bukit Bendera bersedia bekerjasama dengan Ahli Parlimen DAP Bukit Bendera, Zairil Khir Johari dan Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjung Bungah, Teh Yee Chew untuk menyelesaikan masalah penduduk Kampung Mutiara di sini.

Dalam kejadian terbaharu hari ini, pemilik tanah di Kampung Mutiara  sekali lagi gagal dalam cubaan untuk merobohkan rumah penduduk yang mendiami Lot 39 dan Lot 40 di kampung berkenaan.

 

20151229021558

Mereka menghalang pemilik tanah merobohkan rumah-rumah mereka.

 

Ini kerana penduduk kampung yang dianggarkan seramai 300 orang telah berkumpul sejak semalam apabila mengetahui semua kediaman mereka akan dirobohkan pagi ini.

Tanah seluas 3.5 ekar itu menjadi isu apabila tuan tanah berkenaan dikatakan enggan berunding dengan penduduk, selain didakwa tidak mahu membayar pampasan yang sewajarnya kepada penduduk yang terbabit.

20151229021557

Ini merupakan cubaan kedua tuan tanah untuk mengusir penduduk kampung sejak 24 Ogos lalu.  Namun kedua-dua cubaannya gagal kerana penduduk kampung berjaya menghalang tindakan mereka.

Sementara itu, Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari memberitahu beliau pernah  berhubung dengan pemilik tanah tersebut, namun beliau langsung enggan berunding. Menurutnya, tuan tanah hanya mahu penduduk keluar secepat mungkin dari kawasan berkenaan tanpa mahu memberi sebarang pampasan.

 

Tinggalkan komen anda