Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurHomeTerengganu

Gelanggang Serba Guna Sebagai Pusat Pemindahan Mangsa Banjir

By 29 Disember 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Abidin  Ghani, Mohd Hairie Izwan Awang, Mohd Afnan Hakimi Abd. Aziz (Hulu Terengganu)

HULU TERENGGANU, 29 Dis (Malaysiaaktif) — Kerajaan Terengganu sedang mengkaji untuk membina lebih banyak gelanggang serba guna yang juga boleh digunakan sebagai pusat pemindahan mangsa bencana. Ini kerana penggunaan sekolah sebagai pusat pemindahan sedikit sebanyak mengganggu sesi persekolahan.

Selain itu, secara lebih menyeluruh untuk menangani punca banjir, kerajaan juga memperuntukkan RM 20 juta bagi kerja-kerja mendalamkan muara Sungai Terengganu.

 

20151229013212

 

Ini dinyatakan oleh Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman semasa kunjungannya ke pusat pemindahan mangsa banjir di Sekolah Menengah Kebangsaan Matang dan Pusat Pemindahan di Kampung Kepah di sini hari ini.

Selain itu, beliau turut mengarahkan pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menjalan kajian terperinci status sungai di Terengganu berikutan banjir yang berlaku walaupun hujan hanya berlaku sekejap.

Sempena lawatannya, Ahmad Razif menyampaikan bantuan makanan sumbangan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Negeri Terengganu kepada mangsa.

Ketika lawatan ini terdapat tiga pusat pemindahan yang masih beroperasi bagi menempatkan seramai 268 mangsa dari 104 keluarga.

Paras air Sungai Telemong di Kuala Ping, Hulu Terengganu malam kelmarin dilaporkan melepasi paras bahaya, iaitu 20.23 meter (paras bahaya 20 meter) berikutan hujan lebat berterusan.

 

Tinggalkan komen anda