Skip to main content
Berita TempatanEkonomiMelaka

Gigih Hingga Bergelar Usahawan Dengan Modal Hanya RM50

By 29 Disember 2015Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Muhammad Zakry Chan Abdullah (Melaka)

MELAKA, 29 Dis (Malaysiaaktif) — Dengan bermodalkan hanya RM50, Abdul Rahman Ujang, 56 dari Kampung Panchor, Durian Tunggal di sini berjaya menempah nama sebagai seorang usahawan.

Beliau bermula dengan membeli pati serai wangi, membancuh sendiri dan menumpang jual hasil tersebut kampung. Bermula dari situ, beliau berganjak ke tahap menghasilkan sendiri pati serai dan seterusnya mencorakkan rangkaian pemasaran lebih meluas dengan cara menjual produknya di bawah jenama ‘Serai Wangi DenNyo’ dalam media sosial.

Melalui Syarikat A To Z Enterprise sebagai pangkalan pengedaran produk tersebut, Abdul Rahman kini mampu menjana pendapatan kira-kira RM30,000 sebulan.

Kilang beliau yang terletak di Jalan Makmur, Kampung Panchor telah memberi manfaat kepada masyarakat setempat, selain membuka peluang perniagaan serta membantu menaja produk pembersihan kepada masjid dan balai raya Kampung Panchor.

Ketika ditemui oleh Malaysiaaktif, Abdul Rahman menasihatkan semua usahawan muda Bumiputera supaya bersama menjadi pengedar bagi melebarkan rangkaian pemasaran produk berkualiti ini ke pasaran antarabangsa.

“Saya mengalu-alukan mereka yang berminat menjadi pengedar produk ini dengan pilihan modal yang rendah kerana produk ini sangat berkualiti dan selamat setanding jenama lain, ” kata beliau.

 

Tinggalkan komen anda