Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomeKuala LumpurViral

DBKL Akan Lancar Operasi Warga Asing di Pasar Borong

By 25 Januari 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Mohd Zaid Awang (Gombak)

SELAYANG, 25 Jan (Malaysiaaktif) – Pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bersetuju melaksanakan operasi untuk menangkap warga asing yang tinggal di negara ini tanpa dokumen sah di seluruh pasar borong.

Menurut Timbalan Menteri Belia dan Sukan Datuk M.Saravanan, pihaknya akan mengadakan perjumpaan dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Jabatan Imigresen Malaysia dalam masa terdekat supaya operasi secara bersepadu dapat diadakan.

Beliau merujuk kepada kejadian pergaduhan melibatkan kaum India dengan warga Myanmar di pasar borong Kuala Lumpur pada 13 Januari lalu  dan berkata ia mungkin boleh berlaku kepada sesiapa sahaja jika langkah pencegahan dan penguatkuasaan tidak dilaksanakan dengan berkesan.

“Operasi pembersihan warga asing perlu diadakan di pasar borong supaya warga asing di kawasan tersebut yang boleh membawa banyak masalah sosial pada masa hadapan dapat ditangkap”.

Saravanan ditemui di Apartmen Julia Bandar Baru Selayang Fasa 2 petang tadi semasa melawat keluarga M.Kamarajan, 33 yang terbunuh dalam kejadian pergaduhan dengan warga Myanmar itu.

Dalam kejadian tersebut mangsa  yang sudah berkahwin dan mempunyai dua orang anak ditemui meninggal dunia selepas menerima tujuh tikaman di badan.

Sementara itu balu mangsa S.Sumathi, 27 berkata ini merupakan kejadian pertama dalam keluarga kami dan saya masih terkejut serta tidak terfikir lagi perancangan masa depan namun akan bekerja untuk menampung perbelanjaan keluarga.

Keluarga mangsa turut menerima sumbangan berjumlah RM10,000 daripada pihak Kongres India Se-Malaysia (MIC).

 

Tinggalkan komen anda