
Oleh Awang Muil Awang Raya, Norhapi Zaini Ali, Taufiq Firdaus Md.Nor (Besut)
BESUT, 8 Jan (Malaysiaaktif) — Sejak sekian lama kawasan Taman Perumahan Mampu Milik (RMM) Kampung Lay Out Padang Luas digugat pelbagai masalah membabitkan masyarakat setempat, akhirnya ia mendapat perhatian pihak atasan.
Semalam, Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abd. Rahman membuat tinjauan setelah menerima aduan tentang beberapa masalah yang dihadapi oleh penduduk kawasan berkenaan.
Dalam lawatannya itu, Ahmad Razif berkata permasalahan, seperti kecurian, vandalisme serta penyelenggaraan yang tidak mengikut tatacara operasi standard (SOP) akan diselesaikan dalam masa sebulan.
Katanya lagi, Rumah Mampu Milik yang masih kosong akan dibuka untuk permohonan bagi pemohon yang benar-benar layak.