Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Permukaan Jalan Tidak Rata Bahaya kepada Penunggang Motosikal

By 8 Januari 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Mohd Zihan Zari (Kuala Muda)

SUNGAI PETANI, 8 Jan  (Malaysiaaktif) – Permukaan jalan yang tidak rata dan beralun di jalan utama berhadapan Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM) Cawangan Sungai Petani menghala ke Kuala Ketil membahayakan pengguna, khususnya penunggang motosikal.

Tinjauan Malaysiaaktif  baru-baru ini mendapati ramai penunggang terpaksa mengelak bahagian yang tidak rata dan menonjol itu.

Penunggang motosikal, Zakaria Othman,57, dari Paya Nahu 2, berkata dia sudah lali dengan keadaan jalan di kawasan tersebut walaupun dirasakan amat berbahaya, terutama pada waktu malam.

Mohd Salleh Abdullah 64, berkata penambahbaikan dengan menurap semula jalan ini perlu dilakukan segera bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini.

Sementara itu, wartawan Malaysiaaktif  telah menghubungi pihak berkenaan bagi mendapatkan komen.

Satu sumber daripada Pejabat Jurutera Daerah Jabatan Kerja Raya (JKR) Kuala Muda/Sik, berkata pihaknya akan mengambil tindakan susulan bagi menyelesaikan masalah tersebut.

 

Tinggalkan komen anda