Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanHomeMelakaViral

Jenazah Kapten Hasman Dikebumikan Di Majid Tanah

By 6 Januari 2016Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

ALOR GAJAH, 6 Jan —  Kira-kira 300 orang menyertai solat jenazah Allahyarham Kapten Hasman Hussin di Surau Sekolah Agama Imtiaz Ulul Albab, Masjid Tanah di sini petang tadi. Solat diimamkan Pegawai Agama Angkatan Tentera Malaysia Mejar Wan Efendi Wan Mamat.

 

20160106021140

 

Jenazah yang tiba kira-kira pukul 5.30 petang dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Solok Air Batu di sini pada pukul 7.00 tadi.

Terdahulu jenazah Hasman tiba di Masjid As-Syuhada Kem Terendak di sini kira-kira 4.30 petang menaiki van jenazah dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA), Sepang disambut Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron.

Keranda jenazah yang ditutup bendera Malaysia disambut lebih 1,500 anggota dan pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

 

balu

Balu allahyarham, Siti Hazwani Ahmad dan anaknya mengiringi jenazah setiba di KLIA.

 

Jenazah Allahyarham kemudiannya dipindahkan ke dalam keranda ATM dan disusuli dengan solat jenazah diimamkan Ketua Pengarah Kor Agama Angkata Tentera Mejar Jeneral Datuk Kamarudin Mamat.

Jenazah Hasman, 33, yang meninggal dunia selepas kenderaan dinaikinya hanyut dalam kejadian banjir di Missouri, Amerika Syarikat, tiba di tanah air kira-kira 1.18 tengah hari di KLIA sebelum dibawa ke Melaka.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi , Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob dan bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Mohd Ali Rustam antara yang turut sama untuk solat jenazah.

Tinggalkan komen anda