Skip to main content
Berita TempatanHomeSabahViral

Feri Penumpang Karam, 158 Penumpang Diselamatkan

By 6 Januari 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Mohd Syah Hj. Kisun, Juhara Ali Omar, Abdul Hadi Abdul Ghani (Sabah)

 SEMPORNA, 6 Jan 2016 (Malaysiaktif) –? Sebuah bot penumpang dari Filipina karam di Labuan Haji, Jeti Pelancongan, Bangau-Bangau, 500 meter dari Pelabuhan Kastam, Semporna pada kira-kira  pukul 8.00 malam tadi.

Feri Zuhairi  yang dalam perjalanan dari Bongao, Tawi-Tawi, Filipina ke Semporna berlanggar dengan sebuah kapal tongkang menyebabkan feri tersebut mengalami kerosakan teruk.

 

feri2

 

Pelanggaran tersebut dikatakan berpunca daripada lampu feri penumpang yang dikatakan samar-samar menyebabkan ia sukar dilihat dengan jelas.

Seramai 158 penumpang, termasuk sembilan krew feri berjaya diselamatkan oleh anggota Pasukan Polis Marin (PPM) dalam 15 bot dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) yang menggerakkan kira-kira 45 buah bot. Nelayan dari Kampung Simunul turut membantu dalam operasi menyelamat.

Kesemua penumpang berjaya diselamatkan dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Pihak polis dan Bomba masih mengenal pasti punca kejadian dan nilai kerugian.

feri5

 

Tinggalkan komen anda