
OLEH : Wenny Di Tian Soh KENINGAU, SABAH, 13 Jan (Malaysiaaktif) – Orang ramai memohon kepada pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap pemandu lori yang sering meletakkan kenderaan mereka di bahu jalan di Pekan Sook. Ini kerana tindakan pemandu berkenaan bukan sahaja menyakitkan mata, malah membahayakan keselamatan orang ramai.
Seorang penduduk tempatan, Jirin Salut , 40, berkata, “ walaupun terdapat kawasan lapang dan tempat letak kereta disediakan di kawasan Pekan ini, namun ada pemandu lori yang degil mengambil jalan mudah dengan meletakkan kenderaan di bahu jalan dengan alasan mudah untuk bergerak. Mungkin bagi penduduk yang sudah biasa tidak menghadapi masalah dengan perkara berkenaan namun, bagi orang luar, bahaya sudah pasti mengundang mereka dan oleh itu tindakan segera perlu diambi”.
Menurutnya lagi “ Walaupun situasi ini belum melibatkan kehilangan nyawa tetapi jika keadaan itu berterusan, para penduduk tempatan berasa bimbang bahawa lebih banyak kenderaan berat dan ringan akan mula diletakkan di bahu jalan ini”.
Sehubungan itu, penduduk setempat berharap agar pihak bertanggungjawab mengambil tindakan segera bagi menyelesaikan masalah ini supaya para pemandu yang degil diberi peringatan supaya tidak meletakkan kenderaan mereka sewenangnya sehingga menyusahkan dan membahayakan nyawa orang lain.