Skip to main content
Berita TempatanHomeSelangor

SMK Meru Klang Terbakar

By 13 Januari 2016Tiada komen1 minit bacaan

Oleh : Mohd Ariff Ishak MERU, 13 Jan (Malaysiaaktif) – Satu kebakaran yang memusnahkan makmal, bilik masakan, bilik disiplin dan bilik pengurusan diri di tingkat atas SMK Meru Klang telah berlaku pada 5.30 pagi semalam.

Menurut Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SMK Meru Klang, Puan Norimah Seman, pelajar asrama yang bangun awal telah melihat api kecil di atas bangunan lalu memaklumkannya kepada warden asrama tentang kejadian tersebut.

Tambahnya, pihak bomba berjaya mengawal kebakaran dan tiada kemalangan jiwa yang berlaku. Semalam, pihak sekolah telah memberikan cuti kepada lebih 900 pelajar tingkatan satu atas faktor keselamatan.

Timbalan Menteri Pendidikan, Tuan P.Kamalanathan yang hadir melawat tapak kebakaran pagi tadi  menyatakan, “Pihak kementerian masih menunggu laporan siasatan penuh punca kebakaran. Selepas itu, barulah kementerian akan membaik pulih kerosakan bangunan tersebut mengikut keperluan”.

Sesi pembelajaran di sekolah yang menempatkan 4519 pelajar itu berjalan seperti biasa hari ini.

Mohd Ariff Ishak /SF

Tinggalkan komen anda