Skip to main content
EkonomiHomeViral

KPDNKK Jelas Cara ‘Tarik Kereta’ Mengikut Undang-Undang

By 8 Januari 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

 Oleh Dila Khamde / Hairol Hisham

PUTRAJAYA, 8 Dis (Malaysiaaktif) – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) hari ini mengeluarkan kenyataan berhubung hak bank dan penarik kereta merampas kenderaan walaupun jumlah pinjaman yang dibayar melebihi 75 peratus.

Susulan rungutan dan komen orang ramai yang menjadi viral dalam media sosial baru-baru ini, KPDNKK menyatakan bahawa bank sebagai ‘tuan punya’ boleh menarik kenderaan sekiranya jumlah bayaran ansuran melebihi 75 peratus daripada nilai barangan dan memperoleh perintah mahkamah.

Kementerian tersebut merujuk kepada Peraturan-Peraturan Sewa Beli (Permohonan Permit dan Tatacara Pemilikan Semula Barangan) 2011 yang menyahihkan tindakan tersebut melalui perintah mahkamah kerana bayaran ansuran melebihi 75 peratus daripada nilai barangan.

Bagaimana pun, KPDNKK memaklumkan bahawa jika jumlah ansuran tidak melebihi 75 peratus daripada nilai barangan, tiada perintah mahkamah diperlukan.

Menurut peraturan yang sama juga, pemegang permit perlu mendapatkan izin sebelum memasuki premis persendirian atau memperoleh perintah mahkamah.

Waktu operasi bagi menjalankan pemilikan semula pula ialah dari pukul 9.00 pagi hingga 9.00 malam, setiap hari, termasuk cuti umum.

Sekiranya memerlukan pelanjutan masa operasi, permohonan oleh dibuat kepada Ketua Pegawai Penguat kuasa KPDNKK Negeri dan juga Daerah.

Pemegang Permit Ejen Pemilikan Semula (EPS) juga perlu memiliki kad permit EPS yang sah dan masih dalam tempoh sah laku semasa menjalankan aktiviti pemilikan semula kenderaan atau barangan.

Menurut mesej yang tersebar dalam media sosial berhubung perkara ini, bank tidak boleh menarik kenderaan, sekiranya nilai bayaran ansuran sudah melebihi 75 peratus daripada nilai barangan, kecuali mendapat perintah dari mahkamah.

Selain itu, bank tidak boleh menarik kenderaan sekiranya kenderaan tersebut berada di kawasan kediaman berpagar.

Turut dinyatakan, aktiviti pemilikan semula ini tidak boleh dijalankan pada hari cuti umum dan juga selepas pukul 9.00 malam.

 

Tinggalkan komen anda