Skip to main content
EkonomiHomeViral

Najib Akan Bentang Pengubahsuaian Bajet 2016

By 8 Januari 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

PUTRAJAYA, 8 Jan — Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau akan membentangkan pengubahsuaian kepada Bajet 2016 tidak lama lagi supaya lebih realistik dengan keadaan pada tahun 2016.

Perdana Menteri berkata pengubahsuaian itu akan melibatkan beberapa aspek untuk dilakukan penentukur semula supaya lebih realistik pada 2016.

Berucap pada perhimpunan khas Kementerian Kewangan di sini hari ini, beliau berkata ia antara lain akan melibatkan langkah-langkah tambahan penegasan baru mengoptimumkan perbelanjaan, peranan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan meneruskan perjuangan kerajaan untuk kesejahteraan rakyat.

“Pembentangan ini akan dibuat dalam masa terdekat ini,” katanya.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda