
Oleh Hatta Johari (Melaka)
MELAKA, 31 Dis (Malaysiaaktif) — Sambutan Ambang Tahun Baru 2016 berlangsung di Padang Dataran Pahlawan Bandar Hilir semalam.
Dianggarkan lebih 10,000 orang membanjiri lokasi sejak pukul 8.00 malam untuk menyambut detik perubahan tahun yang diserikan pelbagai acara, termasuk tarian kebudayaan dan persembahan daripada artis-artis popular tanah air, seperti Datuk Khatijah Ibrahim, Ito Blues Gang, dan lain-lain.
Walaupun keadaan cuaca kurang baik, namun majlis diteruskan, termasuk upacara pelancaran logo baharu Bahagian Promosi Pelancongan Negeri Melaka, Kalendar Pelancongan Negeri Melaka 2016 dan perasmian penutup Festival Sungai Melaka 2015.
Majlis turut dihadiri oleh Datuk Wira Naim Abu Bakar yang mewakili Ketua Menteri Melaka,Datuk Idris Haron.