
JAKARTA, 14 Jan — Sekurang-kurangnya tiga terkorban dalam letupan dan tembakan berhampiran sebuah pusat membeli belah terkemuka, Sarinah Mall menggegarkan bandaraya ini.
Laporan AFP menyebut, mayat tiga mangsa terbaring di jalan susulan letupan pondok polis berhadapan gedung itu sebelum kedengaran tembakan di Jalan M.H Thamrin itu.
Kejadian pada pukul 10.30 pagi itu mengejutkan semua pihak itu berlaku di kawasan di mana terletaknya beberapa hotel mewah, bangunan kedutaan dan pejabat.
Setakat ini, pihak berkuasa masih menyiasat kejadian itu, manakala kawalan keselamatan diperketatkan di kawasan berkenaan.
Sementara itu, Bernama melaporkan seorang saksi yang hanya mahu dikenali sebagai Fandi, dia berada tidak jauh dari tempat kejadian dan ternampak beberapa lelaki yang menunggang motosikal melepaskan tembakan ke arah polis di dalam pondok polis berkenaan.
Katanya, dalam kejadian itu, berlaku berbalas tembakan antara polis dengan lelaki yang tidak dikenali itu, diikuti letupan di pondok polis dan di luar bangunan Sarinah Mall.
Polis belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai kejadian ini dan kawasan itu kini dikepung polis.
-ms