Skip to main content
Berita TempatanHome

KPT Gesa NGO Siasat Punca Pelajar Kebuluran

By 14 Januari 2016Tiada komen1 minit bacaan

Oleh: Faris Fuad  PUTRAJAYA, 13 Jan (Malaysiaaktif) – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menggesa badan bukan kerajaan (NGO) untuk menyiasat kononnya terdapat tiga daripada empat pelajar Universiti Awam (UA) mengalami masalah kebuluran.

Menterinya, Datuk Seri Idris Jusoh berpendapat individu yang terlibat harus tampil ke depan untuk menjelaskan punca isu tersebut.

Jelasnya, masalah kebuluran seperti itu tidak sepatutnya berlaku susulan bantuan, biasiswa, pinjaman, termasuk peluang perniagaan sambilan yang disediakan untuk pelajar Universiti Awam.

“Secara keseluruhannya, Tabung Kebajikan Mahasiswa seluruh UA berjumlah RM15,279,291.84.

“Seramai 31,776 mahasiswa telah menerima bantuan ini termasuk bantuan kewangan untuk pelajar miskin, khairat dan lain-lain termasuk pembayaran yuran pengajian, bil hospital dan lain-lain lagi,” katanya dalam sidang media di Menara KPT di sini hari ini.

Tambahnya, pihaknya akan melihat kembali perancangan yang dibuat badan NGO termasuk senarai para pelajar yang dijadikan bahan sampel dalam kajian.

“Tindakan (hasil kajian) itu tidak perlu fikir sangatlah. Kita minta mereka (NGO) tampil ke hadapan. Kita nak tengok metod kajian yang dilakukan itu,”

Sebelum ini, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mengakui sedih dengan kejadian siswa universiti yang dikatakan tidak cukup wang hingga kebuluran.

Menurutnya, pelajar terbabit tidak seharusnya berdiam diri sebaliknya perlu mendapatkan bantuan daripada mana-mana pihak, termasuk universiti itu sendiri.

Tambahnya, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO juga bersedia untuk membantu sekiranya mengetahui perkara itu lebih awal lagi.

“Sedangkan gelandangan di Kuala Lumpur pun kita bagi makanan percuma,” katanya lagi.

Tinggalkan komen anda