Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Majlis Perkahwinan Orang Asli Bersama Saudara Baharu

By 28 Januari 2016Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh Abidin A. Ghani

HULU TERENGGANU, 28 Jan (Malaysiaaktif) – Cinta tak kenal siapa, datang tanpa diduga. Mungkin itulah yang terjadi kepada Halimah Razak, 21, yang bertemu jodoh dengan Mohd Hakimi Ari Krishnan bin Abdullah, 27, seorang saudara baharu.

Lebih menarik lagi, Halimah merupakan Orang Asli Kaum Batek yang menetap di Kampung Sungai Berua, Hulu Terengganu, manakala Hakimi pula dari Kemaman.

Kedua-dua mempelai tersebut selamat diijabkabulkan tengah hari tadi oleh Qadi Haji Ramli  Mustafa@Ahmad, dari Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) dengan sekali lafaz.

Antara tetamu yang hadir bagi memeriahkan majlis perkahwinan ini adalah daripada kakitangan  jabatan-jabatan kerajaan daripada Daerah Hulu Terengganu dan kira-kira seramai 300 penduduk setempat turut memeriahkan majlis tersebut.

Majlis anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan MAIDAM dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Orang asli (JAKOA) ini dilihat sebagai satu inisiatif yang baik dalam memberi kefahaman agama kepada Orang Asli beragama Islam agar amalan berkahwin mengikut syariat Islam adalah wajib.

 

Tinggalkan komen anda