Oleh Mohd Suhaidi bin Mat Jusoh
TANAH MERAH, 31 Jan(Malaysiaaktif) — Masyarakat Cina di Kg.Jelatok Tanah Merah gembira menerima 1600 kotak limau manis sumbangan Ahli Parlimen Tanah Merah Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz.
Majlis ini berlangsung di Gelanggang Bola Keranjang Kg.Jelatok Tanah Merah pada pukul 12.30 tengahari.
Menurut Pengerusi Jawankuasa Kemajuan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP)Kg.Jelatok Tanah Merah Kueh Chye Hin sebanyak 1600 kotak limau manis bersama 1600 botol kodial perisa sirap diagihkan kepada penduduk di kampung ini termasuk masyarakat Siam.
Sumbangan ini adalah sempena Sambutan Tahun Baru Cina minggu depan.