Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Perusahaan Kueh Tradisional Akok dan Bahulu

By 31 Januari 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Azmi Abd. Rahman

MACHANG, 31 Jan ( Malaysiaaktif ) — Perusahaan kedai akok dan bahulu oleh sepasang suami isteri di bandar Machang telah dijalankan sejak 16 tahun lepas. Taukenya yg dikenali sebagai zawiyah (bahulu) menyatakan perniagaan ini adalah warisan keluarga.

Lokasi kedai adalah di depan Agro Bank Machang. Waktu perniagaan bermula jam 9 pagi hingga 5 petang.

Keunikan bahulu yg dijual berbeza dengan bahulu biasa. Di mana bahulu resepi istimewanya dibuat dengan mencampur akok sekali dengan bahulu.

Resepi unik dan sedap telah tersohor seantero Machang. Tempahan awal perlu dibuat jika ingin membelinya. Namun begitu bahulu biasa boleh dibeli bila-bila masa di waktu perniagaan.

 

Tinggalkan komen anda