Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraHomeKedahViral

Tiga Lelaki Berpakaian Seragam Rompak Warga Emas

By 1 Februari 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Amran Mohd Kamis, Zurina Saad, Mohd Hairul Bakar (Yan)

YAN, 1 Feb (Malaysiaaktif) — Tiga lelaki berpakaian seragam warna biru gelap bersenjatakan parang merompak sepasang warga emas di rumah mereka di sini pagi kelmarin.

Kejadian pada kira-kira pukul 7.30 itu berlaku ketika Haji Omar Yahaya, 75, sedang menyapu sampah di luar rumah, manakala isterinya sedang memasak di dapur apabila tiga perompak itu menyerbu masuk ke rumah mereka.

Menurut Omar, dia meluru ke dalam rumah sejurus selepas mendengar jeritan isterinya yang sedang bergelut dengan perompak. Perompak berjaya melarikan seutas rantai tangan emas, tiga utas gelang tangan, seutas rantai leher dan sebuah TV LCD 32 inci.

Ekoran daripada pergelutan itu, Omar mengalami kecederaan di pergelangan tangan sementara  isterinya mengalami lebam.

Polis sedang menyiasat kes tersebut dan memohon jiran supaya tampil membantu sekiranya mempunyai maklumat.

 

Tinggalkan komen anda