Skip to main content
Berita TempatanSabah

Pelajar Asrama SMK Tulid Terima Bantuan Sekolah

By 16 Januari 2016Tiada komen2 minit bacaan

 

OlehΒ Wenny Di Tian Soh (Sabah)

KENINGAU, 15 Jan (Malaysiaktif) – Susulan daripada gambar kedaifan Asrama SMK Tulid, Sook yang viral di media sosial pada awal Januari lalu telah mendapat perhatian mengundang reaksi negatif pelbagai pihak.

Menurut Pengetua SMK Tulid, En. Rutil bin Taising, tilam-tilam dan bantal-bantal yang buruk ini adalah dalam proses pelupusan dan telah disimpan di stor penyimpanan untuk tujuan pelupusan oleh pihak sekolah. Namun, terdapat individu yang tidak bertanggungjawab sengaja mengaibkan nama sekolah dengan memuat naik gambar bantal dan tilam yang buruk di laman sosial Facebook dan Whatsapp.

Difahamkan juga sebelum insiden ini diviralkan oleh individu terbabit, pihak sekolah telah memohon dan membuat kiraan terhadap tilam-tilam yang tidak boleh digunakan dan telah mendapat kelulusan daripada penggunaan lebihan makanan dari asrama (PMA).

 

As1TYnLgqC_RevPhD42ioQSZRDsnDP3s1muwNgZ48Vg3

 

Ekoran insiden itu, ADUN Sook, Datuk Ellron Alfred Angin telah bertindak dengan melawat Asrama SMK Tulid dan membantu menyumbangkan sebanyak 200 unit tilam dan 200 biji bantal untuk kemudahan para pelajar asrama melalui peruntukan ADUN.

Dalam ucapan Ellron semasa majlis penyerahan bantuan tersebut, sumbangan ini diharapkan dapat memberi keselesaan kepada pelajar asrama SMK Tulid dan seterusnya meningkatkan prestasi pembelajaran di sekolah. Selain itu, beliau juga meminta agar cadangan pembinaan asrama dapat disiapkan segera dan permohonan rasmi segera dikemukakan kepada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia.

Pihak pengurusan sekolah kini berharap agar para ibu bapa tidak berasa khuatir lagi dengan keadaan anak-anak mereka yang tinggal di asrama berkenaan kerana pihak sekolah telah melakukan yang terbaik untuk kebaikan para pelajar. Pihak sekolah turut menyeru agar rakyat tidak mempercayai apa yang telah diviralkan oleh beberapa individu yang tidak bertanggungjawab tentang isu ini.

 

Tinggalkan komen anda