Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraEkonomiHomeKedahViral

Pelbagai Aset Perkasa Kempen ‘Discover Kedah 2016’

By 19 Januari 2016Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh Muhammad Rizal Redzuan

ALOR SETAR, 19 Jan (Malaysiaaktif) — Negeri Kedah mempunyai banyak sumber sejarah yang hebat dan seharusnya ia ditonjolkan dan disebar luaskan ke seluruh dunia. Ini sangat penting dalam usaha memperkasakan kempen pelancongan ‘Discover Kedah 2016’ yang bertujuan menarik pelancong bagi menjana ekonomi negeri.

Ini ditegaskan oleh Exco Penerangan, Pembangunan Luar Bandar dan Pembasmian Kemiskinan Negeri Kedah, Datuk Mohd Tajudin Abdullah, semasa merasmikan ‘Zamalah Wartawan Muda 2016’ di sini semalam.

Beliau menyokong kenyataan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir pada September tahun lepas bahawa Kedah mempunyai banyak produk pelancongan menarik dan mengagumkan, khususnya warisan sejarah melalui tapak peradaban tertua di Asia Tenggara dan Kesultanan Kedah sebagai salah satu pemerintahan beraja yang berterusan tertua di dunia.

Sehubungan itu, Mohd Tajudin turut merujuk kepada tapak arkeologi Sungai Batu yang membuktikan industri berat telah wujud di Kedah sejak ribuan tahun dahulu.

Selain kesan sejarah berimpak, Empangan Muda di Gubir merupakan satu lagi lokasi di mana pengunjung dapat mendekati haiwan liar dan pembiakan asal ikan arowana hijau.

Beliau juga berharap ke semua 21 orang wartawan yang menghadiri bengkel anjuran Institut Akhbar Malaysia (MPI) dan Kerajaan Negeri Kedah selama 12 hari bermula semalam boleh membantu mempromosikan segala keunikan negeri Kedah dalam laporan berita masing-masing.

Kempen ‘Discover Kedah 2016’ yang bertemakan ‘Kedah: Malaysia: Where it All Began’ (Kedah: Malaysia Di Mana Segalanya Bermula) yang julung kalinya diadakan ini menyasarkan pelancong dari negara ASEAN, seperti Singapura, Thailand, Brunei dan Indonesia.

 

Tinggalkan komen anda