Skip to main content
Berita TempatanEkonomiHomeKedah

Kedah Pertama Salur Peruntukan Penyewa Luar Bandar

By 19 Januari 2016Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh  Nadziroh Che Nazri (Alor Setar)

ALOR SETAR, 19 Jan (Malaysiaaktif) – Negeri Kedah menjadi negeri pertama menyalurkan peruntukan sebanyak RM1 juta kepada seramai 555 penyewa rumah di luar bandar di bawah Program Sewa Rumah Luar Bandar.

Ini dinyatakan oleh Exco Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Luar Bandar dan Pembasmian Kemiskinan, Datuk MuhdTajudin Abdullah semasa merasmikan Program ‘Zamalah Wartawan Muda 1Malaysia 2016’ anjuran Institut Akhbar Malaysia (MPI) di sini semalam.

Menurut beliau, mereka yang layak mengikuti program ini ialah individu yang tidak mempunyai rumah, tetapi menyewa di luar bandar serta tersenarai dalam e-kasih.

Dalam pada itu, Tajudin berkata rakyat negeri Kedah boleh menggunakan media sosial, seperti Instagram, Facebook dan Twitter untuk memaklumkan masalah mereka. Beliau sentiasa mengoptimumkan penggunaan media sosial demi kesejahteraan rakyat dan dalam hal ini ia sepatutnya menggerakkan pemimpin mengambil tindakan cepat untuk mengatasi masalah rakyat.

Inisiatif eKasih merupakan Bank Data Kemiskinan Nasional yang mengandungi maklumat tentang kemiskinan. Ia bermula dari profil individu, program atau bantuan yang diterima oleh Ketua Isi Rumah dan Ahli Isi Rumah daripada agensi pemberi bantuan sehinggalah kepada permohonan bantuan dan pemantauan keberkesanan program atau bantuan yang diterima.

 

Tinggalkan komen anda