
Oleh Lim Sey Ken (Batu Pahat)
BATU PAHAT, 28 Jan (Malaysiaaktif) – Seramai 30 pelajar tiga buah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Sri Medan menerima ‘ang pau’ pagi tadi. Mereka terdiri daripada pelajar yang kurang berkemampuan.
Sumbangan disampaikan oleh Ahli Undangan Negeri Kawasan Sri Medan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Kebudayaan dan warisan Negeri Johor, Datuk Zulkarnain Kamisan.
Penerima sumbangan dipilih daripada tiga buah sekolah, iaitu SJKC Sulung di Parit Sulung, SJKC Chung Hwa Kangkar Senangar dan SJKC Chong Hwa Sri Medan.
Sumbangan turut diberikan kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah bagi mengadakan jamuan sambutan Tahun Baru Cina peringkat sekolah yang akan dihadiri oleh para ibu bapa, guru dan pelajar.