Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Kastam Kedah Pungut Hasil RM1.66 bilion Sepanjang 2015

By 28 Januari 2016Februari 1st, 2016Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

 

Oleh Mohd Zihan Zari (Kuala Muda)

ALOR SETAR, 28 JAN (Malaysiaaktif) – Sepanjang 2015, Kastam Kedah berjaya memungut hasil untuk negara dalam bentuk cukai/duti sebanyak RM 1.66 billion, meningkat sebanyak 11.63% berbanding  2014.

Sebanyak 351 kertas siasatan telah dibuka dengan nilai barang yang disita sebanyak RM 29.9 juta, didapati kes kenderaan yang belum lulus kastam telah menghasilkan sebanyak 161 kes dengan nilai rampasan RM 3.9 juta diikuti dengan kes penyeludupan beras sebanyak 16 kes melibatkan 510,740 Kg dengan nilai RM777,321,00.

Pengarah Kastam Kedah, Datuk Abdul Latif Abdul Kadir, berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Majlis Sambutan Sedunia 2016 ke-34 Peringkat Negeri Kedah di Kompleks Kastam Negeri Kedah, di sini, hari ini.

Abdul Latif, berkata,” sebanyak 65 kes minuman keras diperoleh dengan nilai sitaan sebanyak RM 361,341.89 melibatkan jumlah duti/cukai RM 673,508.53 manakala dalam kes rokok pula sebanyak 63 kes telah dihasilkan dengan nilai sitaan RM 1.53 juta melibatkan jumlah duti/cukai RM 48.7 juta.

Sebanyak 52 kes dibawa ke Mahkamah, khususnya atas kesalahan di bawah Akta Kastam 1967, melibatkan kes rokok, minuman keras, kenderaan dan lain-lain.”

Sementara itu, katanya, “pihaknya  berjaya merampas sejumlah rokok pelbagai jenama dan jenis tersimpan dalam stor yang disyaki telah digunakan sebagai tempat penyimpanan barang belum lulus di kawasan Butterworth, Pulau Pinang yang dianggarkan bernilai RM 50,046.00 dengan jumlah duti/cukai sebanyak RM 205,110.85.

Dalam serbuan kedua pula, anggota serbuan juga terpaksa memecah masuk dan hasil permeriksaan mendapati dianggarkan sejumlah 4,827 Kg (435,00 batang) mercun dan bunga api disimpan bernilai RM 86,886.00 dengan jumlah duti/cukai lebih kurang RM 51,262.74. Pemilik stor ditahan untuk membantu siasatan bagi mengenalpasti penyewa dan pemilik ke semua eksibit tersebut.

Kedua-dua kes akan disiasat  di bawah seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967, iaitu menyimpan barang larangan/belum lulus kastam, katanya kepada pemberita.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, “pada 24 Januari lalu, Unit Pencegah Penyeludupan (UPP)  di KM 1.3 Lebuhraya Utara Selatan telah menjalankan pemeriksaan ke atas kenderaan yang disyaki dan menahan sebuah kenderaan jenis Nissan Murano mendapati mercun dan bunga api dianggarkan RM2,326.00 dengan jumlah duti/cukai sebanyak RM1,372.34. Suspek  seorang penjawat awam berumur 47 tahun, ditahan untuk siasatan di bawah seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967, iaitu mengangkut barang larangan/belum lulus kastam.”

Beliau berharap orang ramai sentiasa memberikan kerjasama dalam menyalurkan maklumat, membantu pihaknya mencegah penyeludupan dan sebarang maklumat bolehlah disalurkan melalui talian hotline 1800-888-855 atau menghubungi Kastam Kedah di talian 04-775 1212.

 

Tinggalkan komen anda