Skip to main content
Berita TempatanHomeMelakaViral

Yayasan Melaka Berbentuk Bunga Kantan Bakal Ikonik Baharu Melaka

By 11 Januari 2016Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Oleh Fauzrina Hj Bulka MELAKA, 11 Jan (Malaysiaaktif) – Yayasan Melaka meneruskan kecemerlangannya pada tahun ini dengan satu lagi usaha pembinaan bangunan baharunya yang berbentuk futuristik.

“Bangunan berilhamkan bunga kantan berciri Islamik ini akan menjadi salah satu ikonik baharu yang mengagumkan dan membanggakan negeri Melaka,” ujar Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron dalam Majlis Pecah Tanah Bangunan Baharu Yayasan Melaka di Jalan Tun Ali pagi tadi.

AhtGv7mv1ufRzY_E0VedT6w3b8wc9KA7HF6iXhYHUZGc

Bangunan setinggi 25 tingkat dengan kos berjumlah RM120 juta ini akan menjadikan empat tingkat teratas sebagai pejabat baharu manakala bakinya dijadikan hotel dan ruang niaga.

Tambah Idris, antara kelengkapan di bangunan ini nanti ialah sebuah surau awam yang mampu menampung sehingga 500 jemaah. Kemudahan 1000 tempat letak kereta setinggi sembilan tingkat turut disediakan sekaligus menyelesaikan masalah kekurangan tempat letak kereta di sekitar Hang Tuah Walk.

“Semoga dengan terbinanya bangunan di tengah-tengah bandar raya Melaka akan menjadi pemangkin sosio ekonomi masyarakat di sekitar kawasan ini,” kata Idris.

Pada 2014, Yayasan Melaka telah berjaya mencatat keuntungan sebanyak RM32.7 juta, yang tertinggi semenjak ditubuhkan pada 1984.

Bangunan ini dijangka siap pada 2018.

Tinggalkan komen anda