Skip to main content
Berita TempatanGlobalHomeKedah

Aifa, Permata Baru Sukan Skuasy

By 11 Januari 2016Tiada komen2 minit bacaan

Oleh: Mohd Zihan Zari ALOR SETAR, 9 Jan (Malaysiaaktif) -Puteri Skuasy Kedah, Aifa Azman, 15, mengharumkan nama negara, merangkul kejuaraan Kejohanan Skuasy Junior Terbuka Remaja British 2016 bawah 15 tahun selepas menumpaskan Marina Stefanoni dari Amerika Syarikat 11-9, 8-11, 11-6, 11-4 pada perlawanan akhir di Sheffield, England, Rabu lepas. Ketika ditemui di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (LTSAH) di sini hari ini, Aifa melahirkan rasa syukur, selepas muncul juara kejohanan antarabangsa itu tercapai.

Ini merupakan kejayaan keduanya selepas menjuarai Kejohanan Skuasy Junior Terbuka British tahun lalu. “Saya akan terus berusaha dengan lebih gigih untuk muncul juara pada Kejohanan Skuasy Junior Terbuka Pulau Pinang pada Jun ini dan Sukan Malaysia (SUKMA) di Sarawak yang akan berlangsung Julai ini. Beliau mula menceburkan diri dalam sukan skuasy ketika berusia enam tahun, amat bijak menguruskan masa, pagi ke sekolah dan petang membuat latihan selama dua jam sehari di Kompleks Sukan Mu’adzam Shah (Hijau Kuning) di sini.” katannya.

Katanya lagi, “saya bersyukur dengan kemenangan ini kerana saya memang berazam untuk menang dan berusaha untuk mencapai impian saya ini dengan berlatih bersungguh-sungguh”. Aifa sangat berterima kasih kepada ibu-bapa serta neneknya yang memainkan peranan penting selain jurulatih – jurulatih yg membimbing beliau sebaiknya dalam mencapai kejayaan ini. Seterusnya Aifa merancang untuk meningkatkan kekuatan mental dan fizikal kerana akan bermain dalam kategori lebih tinggi selepas ini.

AhL4Vb3GpqpdSePNnWJSwMnF3XLEChbChyDFtbSDD4l6
Pengarah Majlis Sukan Negeri (MSN) Kedah, Mohamad Rizal Mohamad Radzi ketika Sidang Media berkata kepada Pemberita, katanya “MSN dan rakyat negeri Kedah cukup bangga apa yang telah dicapai Aifa. MSN Kedah dengan kerjasama kerajaan negeri dan Persatuan Skuasy Kedah akan menitikberatkan pembangunan Skuasy bagi mencari lebih ramai lagi atlit muda yang berbakat di bawah umur 15, 13 dan 12 tahun. Bayaran insentif RM500.00 sebulan akan diberi kepada atlit yang mewakili negeri dan kebangsaan dan berpeluang ke luar negara negara untuk menyertai pelbagai program latihan dan pertandingan mengikut kemampuan mereka.

Mohammad Rizal, berharap Aifa dapat mengikut jejak dan menjadi pengganti ratu skuasy negara, Datuk Nicol David suatu hari nanti. ‘Permata baru’ ini akan digilap terus bakatnya dan pihak MSN akan menyediakan skim khas sebagai pembakar semangatnya untuk terus mencipta kejayaan dalam sukan itu.” Malaysiaaktif difahamkan, Aifa juga mempunyai dua kakak, Aira dan Aika Azman yang bergiat cergas dalam bidang skuasy. Terdahulu Ketibaan, Aifa disambut dan diberikan sorakan yang gemuruh oleh guru, para pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Asma dan ahli keluarganya.

Tinggalkan komen anda