Skip to main content
Berita TempatanHomeMelakaViral

Samun Di 7-Eleven: Pekerja Putus Urat Jari

By 11 Januari 2016Tiada komen1 minit bacaan

Oleh Fauzrina Haji Bulka MELAKA, 11 Jan (Malaysiaaktif) – Seorang pekerja kedai serbaneka 7-Eleven Taman Krubong Jaya di sini cedera apabila dilibas dengan parang ketika kejadian samun di sini. Mangsa yang dikenali sebagai Shahfuan Othman, 18, putus beberapa urat jari ketika kejadian kira-kira jam 3 pagi tadi.

 

Kakak mangsa, Manisah Othman,33, ketika dihubungi oleh Malaysiaaktif memaklumkan, mangsa dan seorang lagi rakan dikatakan cuba melarikan diri ketika serangan berlaku namun mangsa terjatuh. Ketika itu, penyamun tersebut cuba melibas mangsa menggunakan parang dan mangsa cuba mempertahankan diri dengan tangan mengakibatkan beberapa urat jarinya terputus.

Menurut Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) Melaka, Staff Muda (PA) Mohd Kamil Bin Hassan, pihak JPAM telah menerima panggilan kecemasan pada jam 3.42 pagi dan segera ke lokasi bersama tiga anggota. Mangsa ditemui bersendirian ketika anggota JPAM tiba di tempat kejadian sebelum dikejarkan ke Hospital Melaka.

Mangsa tidak dapat mengenal pasti dua orang penyamun tersebut kerana mereka mengenakan topeng, tetapi berdasarkan loghat mereka dipercayai berbangsa India. Ketika dihubungi, mangsa baru sahaja selesai menjalani pembedahan di Hospital Melaka.

Malaysiaaktif masih menunggu maklum balas daripada pihak polis berkenaan kes ini.

Tinggalkan komen anda