
Laporan dan Foto oleh Anuar Che Amat (Kangar)
Kangar,Perlis .Seramai 1427 penerima yang tidak mepunyai akaun bank bagi Parlimen Kangar menerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) 2016 di Dewan 2020,Kangar hari ini.Melibatkan 456.400 ribu ringgit jumlah keseluruhan agihan bantuan BR1M pada pagi ini.
Majlis penyampaian di sampaikan oleh Menteri Besar Perlis,YAB Dato’ Seri Azlan Man dan exco serta ADUN kawasan di Parlimen Kangar.Terdahulu di dalam ucapan beliau,beliau mengajak para penerima bantuan BR1M supaya jangan mempercayai tomahan dan fitnah yang di lemparkan oleh pihak pembangkang terutamanya mengenai kemelesetan ekomoni Negara adalah di sebabkan corak pimpinan YAB Dato’ Seri Mohd Nazid Tun Razak,Perdana Menteri Malaysia.
Beliau berkata faktor sebenar kemelesetan dan kejatuhan mata wang ringgit adalah di sebabkan kejatuhan harga minyak dunia di pasaran antarabangsa.
Dan Kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Perdana Menteri telah mengambil langkah-langkah yang betul, contohnya mengenakan Cukai Barang & Perkhidmatan(GST) untuk menampung pendapatan Negara di atas sebab kejatuhan harga minyak tersebut,ujarnya lagi..
Dan hasil kutipan GST tersebut di kembalikan kepada rakyat yang benar- benar layak di dalam bentuk Bantuan Rakyat 1 Malaysia(BR1M).
Untuk makluman ,Bantuan BR1M 2016 bagi Parlimen Padang Besar akan di adakan pada pukul 2.00 petang hari ini melibatkan seramai 675 orang penerima dan sesi Bantuan BR1M untuk Parlimen Arau akan di adakan pada esok pagi di tempat yang sama yang melibatkan seramai 752 orang penerima.