Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Jerayawara dari Sungai Rambai ke Ledang

By 27 Februari 2016Tiada komen1 minit bacaan

 

Oleh Fauzrina Hj Bulka (Melaka)

MELAKA, 27 Feb (Malaysiaaktif) – Empat lokasi terlibat dalam jerayawara pagi ini bermula dari RTC Sungai Rambai, konvoi akan ke hentian teksi dan bas Tangkak untuk pengagihan risalah sebelum ke Pasar Bukit Gambir dan pasaraya Econsave Bukit Gambir.

Jerayawara yang diadakan ini bertujuan sebagai medan hebahan dan publisiti untuk dua majlis perasmian terbesar di Sungai Rambai tahun ini iaitu Hari Penternak, Peladang dan Nelayan Peringkat Kebangsaan 2016 dan perasmian RTC Sungai Rambai pada 4 Mac nanti oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Dua agensi terlibat dalam konvoi ini yang melibatkan tiga kenderaan iaitu Jabatan Penerangan Malaysia dan Jabatan Penyiaran Malaysia.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Rambai, Datuk Hassan Abdul Rahman beliau ingin melihat Sungai Rambai kembali menjadi pusat pertumbuhan baru dan berazam untuk mengejar semula kemajuan pembangunan yang sepatutnya dikecapi untuk komuniti setempat.

Beliau juga berharap dengan adanya gerai-gerai pameran dalam program ini akan dapat membantu menonjolkan pencapaian sebenar dan meningkatkan imej agensi-agensi kerajaan di mata masyarakat.

Tinggalkan komen anda