
Oleh Ahmad Faiz Mansur (Georgetown) / Foto: MA/NST
GEORGETOWN, 17 Feb (Malaysiaaktif) – Skuad Harimau Kumbang bangkit daripada kekalahan di tangan Terengganu Sabtu lalu dengan membaham skuad Tok Gajah malam tadi.
Skuad Liga Super Pulau Pinang mempamerkan aksi cemerlang dihadapan lebih 10,000 penonton di Stadium Bandaraya Pulau Pinang dengan jaringan besar menewaskan Pahang 41.
Pulau Pinang mempamerkan aksi permainan bergaya apabila memperoleh gol seawal minit ke3 melalui jaringan Faiz Subri. Matias Cordoba turut menambah gol Pulau Pinang pada minit ke8. Pulau Pinang mendahului dengan jaringan 2 berbalas 0 sehingga tamat separuh masa pertama.
Di babak separuh masa kedua, Pulau Pinang mengukuhkan lagi kedudukan dengan sepakan percuma melalui Faiz Subri yang terus menerjah ke gawang gol pada minit ke 63.
Pemain import baru Pulau Pinang, Osas Saha menambah gol yang keempat pada minit ke87 melalui tandukan tepat ke arah jaring gol. Pasukan pelawat bagaimanapun mendapat gol sagu hati pada minit kecederaan melalui jaringan oleh Ridzuan Shafiki pada minit ke94.
Keputusan lain, Sarawak kecundang kepada Felda United 12, TTeam tumpas kepada JDT 02, Kedah menewaskan Terengganu 10, Kelantan menumpaskan PDRM 10 dan Perak tewas 01 kepada Selangor.